Sunday, May 20, 2007

Kebanjiran Dugaan

Ini sekadar gambar hiasan.

Pejabat saya mengalami kebakaran minor sehari sebelum syarikat saya dilancarkan secara rasmi. Lampu kalimantang pada bahagian meja kerani tiba-tiba meletup. Api yang keluar agak menggerunkan sehingga merecik-recik pada carpet. Syukur dapat dipadamkan sebelum ianya merebak lebih teruk.

Dugaan...


Saya terlalu panik sehingga lupa untuk menutup paip air, selepas saya gunakan untuk memadam kebakaran. Air melimpah hingga ke bilik mesyuarat tanpa saya sedari. 1/3 carpet bilik mesyuarat termasuk kawasan depan bilik air basah. Semuanya berlaku sehari sebelum pelancaran syarikat saya.

Dugaan...


Malamnya, balik sahaja ke rumah setelah bertungkus lumus memperbetulkan segala kerosakan di pejabat, air cond di bilik saya pula bocor. Pada jam 1 pagi waktu saya sedang tidur nyenyak kepenatan, tiba-tiba saya terasa ada air menitik ke muka. Separuh katil basah. Terpaksalah saya tidur di luar malam tu.

Dugaan...


Rumah saya dilanda banjir. Petang sabtu lalu, air naik setinggi 2 kaki di dalam rumah. Banyak barang saya basah memandangkan saya baru saja berpindah semula ke rumah orang tua saya di Johor Bahru. Hampir separuh terpaksa saya buang. Nasib baik manuskrip dan disket-disket saya sempat diselamatkan. Kalau tidak, saya pasti menangis tiga hari, tiga malam.

Dugaan...


Sesungguhnya segala yang ditentukan Allah itu takkan terdaya untuk kita lawan. Apa yang terjadi akan tetap terjadi. Dan dugaan-dugaan ini semakin mendekatkan saya padaNya...

2 comments:

TheBlogMaster said...

Oh. kesian..
ingatkan banjir ape..
kalau banjir yang 'tu' .. tuh biasa la pompuan.. takkan nak citer erk.. keh keh..

Weh.. orang mana pakai disket dah skang.. Pakai thumbdrive ler.. Walaupun diputar2 dalam mesin basuh sekalipun.. tetap boleh digunakan! :P

Haryani Kamilan said...

Ni banjir yang real laaaa... sampai hari ni fobia tengok hujan...