Thursday, March 20, 2008

Keserabutan emosi

Haha, saya memang macam ni. Cepat serabut. Bila ada jer problem duduk melangut, mulalah saya jadi kelam kabut. Yupp! saya sedang berhadapan dengan beberapa masalah. Dan saya telah menambahkan lagi keserabutan dalam kepala otak ni dengan membuat sesuatu kesilapan yang sangat-sangat tidak boleh dimaafkan. Saya merasa diri saya sangat teruk. Dan akan menanggung malu nanti. Mungkin dalam tempoh terdekat. Saya sedang sangat tension. Maaf saya cuma manusia biasa, yang seringkali dijengah masalah.

Monday, February 18, 2008

Saya dan skrip-skrip saya...

Wah, dah dekat sebulan juga saya bergelumang dengan skrip2 ni. Nak kata tension, entah lerr...ada masanya memang idea saya di reject. Bengang jugak lerr... tapi nak buat macam mana, saya bukan yang terbaik. Selalu nak jadi sehebat penulis-penulis skrip terulung. Tapi masih perlu banyak belajar. Me and him...dah dekat tapi saya rasa macam jauh pulak...yup semalam saya jumpa dia lepas dekat dua minggu tak jumpa. Ok...lah...dapat lepas rindu..Saya dapat tau cerita yang tak berapa elok tentang dia. Kawan-kawan jugak yang past cerita. Saya tak terkejut sangat, sebenar saya tahu perangai dia memang macam tu. Kuat menggatal. Tu yang susah. Dah lah kawan-kawan dia , kawan-kawan saya jugak...cabaran bila ada affair dengan kawan sendiri camtu lah...hampessss...sebenarnya tahap kepercayaan saya pada dia dah mula kurang sikit...Walaupun tiap-tiap hari dia kata rindu dan ada masanya dia kata sayang...saya tetap masih tak percaya...Blerggghhh...dia tetap lelaki....Yang Ada Nafsu...

Wednesday, January 30, 2008

Beralih arah.

Eheh...saya tukar keje lagi. Saya akan kembali ke KL dan bertugas di sana sebagai seorang penulis skrip sepenuh masa. Syarikat baru saya adalah RED COMMUNICATIONS. Penerbit drama-drama seperti siri Gol Dan Gincu, Kami. Sadiq & Co, 3R dan banyak lagi drama-drama hebat. Thanks to Lina Tan sebab bagi saya peluang ni. Berdebar juga ni, harap-harap saya boleh hasilkan karya-karya yang baik untuk siaran tv mahupun layar perak.

Owh, bukan saya tak suka bekerja dengan abah di JB. Best tu best lah, jadi bos kan. Tapi saya macam tak kerja. Datang ofis, semak kerja sikit-sikit, cukup pukul lima, balik rumah. So boring. Mungkin juga faktor my ehem-ehem jadi penyumbang utama kut. Dia sangat memberi semangat pada saya. Untuk capai cita-cita dan cinta. Love him so much.

Cuma kesian kat dia. Ada juga dia cuba nak bincang-bincang pasal kahwin. Tapi saya masih tak sedia. Kejap lah...nanti-nanti. Saya nak set up kerjaya dulu. Dah stabil sikit oklah tu. Lagipun, kalau ada jodoh tak ke mana kan...kadang-kadang kalau fikir sangat nanti bila tiba-tiba tak jadi, sendiri juga yang makan hati...Just go with the flow...tak perlu tergesa-gesa sangat. Yang penting sekarang, saya dan dia sangat berbahagia.

Hmmm...lepas ni kalau tengok tv, adalah nama saya sebagai penulis skrip. Huuuuhuuuuu!!!!

P/S: Impian Illyana musim terbaru mungkin akan menjadi siri drama tv pertama nukilan saya.

Sunday, January 13, 2008

Gemoookkkk!

Saya rasa saya dah gemuk. Huwargghh!! ngeri-ngeri. Berat badan saya naik mencanak dan orang dah mula tegur yang muka saya dah makin tembam. Eheh...saya sedang bahagia kut... Tak taulah perasaan happy ni buat saya rasa nak makan je...Balik rumah, tengok lauk dalam periuk, nafsu terus tak boleh nak control. Malam pulak, rebus hot dog. Makan dengan mayonaise. Pagi breakfast nasi. Tengah hari makan nasi. Petang ada jual goreng pisang depan ofis saya ni, bedal lagi...mana tak gemuk...
Lepas tu, ada pulak orang ambik berat tiap-tiap hari. Pagi petang siang malam rasa macam nak senyuuuummm jeeer....Saya tak sabar nak jumpa dia...rindu sangat...rindu sangat-sangat... dia pun tau eheheeeeehhh....Dia dah ambik cuti untuk jumpa saya. Soooo sweeetttt ahak! ahak!!!

P/S: Novel saya masuk carta MPH Bestsellers lagi.

Thursday, January 3, 2008

Kenapa DIA istimewa?

Susah nak cakap. Saya tidak perlukan sebab untuk menyayangi DIA. Saya sayang DIA seadanya buruk baik DIA. Dimana dan bagaimana segalanya bermula masih saya simpan kemas dalam lipatan sejarah kisah silam saya.

DIA jauh. Agak jauh. DIA tidak sentiasa berada disamping saya sebagaimana saya juga tidak dapat ada untuk DIA. Tapi hati kami amat dekat. DIA seolah ada dalam diri saya. Dan bila saya pejamkan mata, saya dapat rasa sentuhan mulusnya, yang mampu memberi tenang…Saya masih sabar menunggu waktu, agar satu hari nanti saya dan DIA dapat selalu bersama…

Begini…biar saya singkap sedikit. Dulu DIA pernah hadir. Waktu itu hati saya sudah terisi dengan cinta yang lain. Oleh itu, saya tidak dapat buka hati saya untuk DIA. Ah! Siapa tahu, cinta yang saya puja itu rupanya bukan benar-benar cinta. Pada ketika saya sudah bersedia untuk menemaninya, sentiasa ada disisinya terutama sekali kala dia ditimpa kesusahan, tiba-tiba saja dia yang saya cinta itu memutuskan untuk tidak mahu teruskan…Saya amat kecewa, amat-amat kecewa… Tiada siapa yang tahu betapa luluhnya hati saya. Lebih-lebih lagi bila saya sudah serahkan separuh dari saya padanya…

Saya bawa diri…pulang semula ke Johor Bahru untuk mulakan hidup baru. Tapi malang sekali, apa yang saya cari dan saya mahukan tiada di sini. Lantas saya cuba cari peluang lain. Nah! Allah buka jalan untuk saya dan hadirkan kembali DIA. Ketika ini baru saya sedar…DIA yang pernah saya pinggirkan adalah orang yang sentiasa ada untuk saya. Beri semangat. Beri kekuatan hingga saya bangkit semula. Kerana itulah, saya mula mengajar diri untuk menyayangi orang yang patut saya sayangi…dan saya tak perlukan sebab untuk menyayangi DIA…(buat masa ini)

P/S: Hehehe…jiwangnya akuuuu!!!!

Tuesday, January 1, 2008

Permulaan Yang Baik!

Eheheh...yup! bagi saya berita terbaru yang saya dapat hari ini adalah satu titik permulaan yang baik untuk tahun 2008. Owh, azam saya tahun ni, saya mahu lebih sukses!
Ok, menariknya, saya baru dapat offer dari Red Communications sebuah syarikat produksi yang telah mengeluarkan program terkenal 3R, siri tv Kami dan Sadiq & Co (yang terbaru). InsyaAllah, saya bakal jalin kerjasama dengan mereka untuk menjadi penulis bagi beberapa siri tv. Berita baik kan? Pergh...saya macam nak pengsan dan bangun balik lepas tu pengsan lagi...
Tapi sungguh-sungguh andai perancangan kali ini menjadi, cita-cita saya untuk menempa nama dalam dunia penulisan semakin cerah. Ya Allah! syukur Alhamdulillah...
Hmm...thanks to him, sebab sentiasa berada di sisi saya walaupun ketika saya menghadapi waktu-waktu sukar...Tak taulah, kalau satu hari nanti dia sudah jumpa pengubat sepinya... Pasti saya akan dihurung kesedihan lagi...Tak apalah...tak mau fikir yang itu dulu, yang penting sekarang saya sedang happy dengan dia. Dan, saya nak jerit sikit,

P/S: Eeiiiiiyaaahhooooooo!!!!!!

Sunday, December 16, 2007

Tak mahu hilang aku…

Itu pengakuan dia. Saya ulang soalan ingin kan kepastian dan dia minta maaf kerana meluahkan kata-kata yang sebegitu. Saya tahu dia perlukan saya. Tapi hanya sebagai seorang sahabat. Dia tidak mahu hilang saya sebagai sahabatnya. Dia suka bila bersama saya, dia rasa saya adalah seorang yang best sangat, cute sangat, baik sangat dan macam-macam pujian lagilah. Tapi dia hanya mahu hubungan sebagai sahabat sahaja.
Sungguh-sungguh, kalau diikutkan hati, saya mahu saja angkat kaki. Pergi dan tinggalkan dia terkapai-kapai sendiri. Sebab saya tau satu hari nanti dia juga pasti akan tinggalkan saya. Iya, bila dia jumpa gadis idamannya. Yang lebih cantik. Yang lebih seksi. Yang lebih vogue. Habis saya? Tanggung rasa sunyi lagi… Hai lelaki…lelaki…Saya masih lagi seorang manusia yang punya hati dan perasaanlah…

P/S: Dan saya masih di situ…melayan karenah dia yang macam-macam…sabar je laaa…