Tuesday, September 25, 2007

Saya Sudah Ke sana

Mereka baik…Terlalu baik…Dia pun sangat baik…
Dia sangat baik pada saya…
Masakan saya boleh lupa…
Bila dia selimutkan saya…
Bila dia halakan kipas di bilik kakaknya ke arah saya…
Bila dia banyak belanjakan duit dia untuk saya kali ini…
Bila dia bukakan pintu kereta untuk saya…
Bila dia belikan juadah berbuka puasa ikut selera saya…
Bila dia ajak saya jalan-jalan kawasan kampungnya…
Bila kami shopping sama-sama…
Bila dia bercakap sambil merenung mata saya…
Bila dia tersenyum ke arah saya…
Bila kami berkongsi mendengar lagu dari mp3 henfonnya…
Bila kami berkongsi tentang macam-macam cerita…
Bila dia kenalkan saya pada kawan-kawan dan sedara maranya…

Dia bukan seorang lelaki yang mengambil kesempatan pada saya…
Walaupun dia punya banyak peluang untuk lakukan itu ke atas saya…
Sebab kami telah tidur bersama…oh…di dalam bas ya…bukan di atas katil…
Tapi dia langsung tidak menyentuh saya…
Dia adalah lelaki yang menjaga maruah saya…

Mimpi…3 hari 2 malam yang lepas berlalu bagai mimpi indah…
Saya tidak mahu terjaga…saya mahu terus bermimpi lagi…
Saya mahu terus bermimpi bersama dia…

Tapi hari ini saya sudah tersedar…dia tak akan menjadi milik saya…
Saya seorang yang banyak kurangnya…Doa saya buat dirinya…Semoga nanti dia berjumpa dengan seseorang yang berbaloi untuknya…Insya Allah… kerana dia adalah lelaki yang baik…

Dan saya masih berharap, sebelum saya dipanggil Illahi… saya mahu merasa menyayangi dan disayangi dengan sepenuh hati…

P/s: Mak dia belikan saya blouse…terharunya

3 comments:

Anonymous said...

kalau dah kenal agak lama... kalau sudah tahap camtuh, percayalah dia mmg sukakan ko.

lelaki yang sebegitu mmg takkan menyentuh perempuan yang dia suka.

binalah hubungan. tak salah kalau ko try tekel dia dulu. sebab lelaki pesen camtuh selalu tunggu2 hint yang jelas.

Tidaklah, bagi dia ko adalah semua kelebihan..

Percayalah!..

lainlah kalau dia bukan seorang lelaki dan muhrim.. hehe

*ko rasa ko kurang or dia yang tak cukup perfect? huhuhu

Haryani Kamilan said...

Aku suka dia...tapi aku takut dapat jawapan yang berbeza...kecewa itu adalah satu rasa yang amat menyakitkan...
lagipun...aku tak cantik...jadi lebih baik aku tak tau langsung jawapannya...

Anonymous said...

:-)

" binaan yang paling indah di dunia adalah sebuah jambatan harapan merentasi sungai kekecewaan"