Tuesday, July 3, 2007

Saya Mencari Saya...

Dimana maruah saya? Serasa seperti diinjak sewenang-wenang. Serasa seperti terbang melayang separuhnya. Dalam lelah saya mencari saya yang hilang entah kemana. Saya seperti tidak berada dalam diri saya.
Sungguh-sungguh saya tidak gembira sebenarnya. Dikenalkan pada lelaki ini. Dikenalkan pada lelaki itu. Tersua sini. Tersua sana. Adakah pada usia begini saya sudah tidak berhak untuk membuat keputusan sendiri? Saya cuma sudah penat. Saban hari hidup dalam linangan air mata. Mimpi sudah lama tidak mengulit lena. Masakan mereka tidak sedar, kalau badan saya semakin melidi. Wajah saya semakin mencengkung. Hmm...Beban yang tergalas siapa yang tahu. Saya cuma perlu waktu. Seketika. Untuk saya uruskan satu-satu. Kerjaya dan masa depan. Buat saat ini impian saya lebih penting dari lelaki. Ya, saya faham. Umur sudah semakin melewati masa. Cuma saya tidak mahu dipaksa. Saya perlu ruang untuk bernafas tenang... Biarkan saya...

1 comment:

wan said...

entahlah,apa yg tersurat n tersirat d hati cik bos.percaya pd qada qadar drNYA.the best is be yourself,kita hanya ada diri sdiri.other person is a liar.temen enjoy ramai,teman derita tak pernah ada.