Thursday, January 3, 2008

Kenapa DIA istimewa?

Susah nak cakap. Saya tidak perlukan sebab untuk menyayangi DIA. Saya sayang DIA seadanya buruk baik DIA. Dimana dan bagaimana segalanya bermula masih saya simpan kemas dalam lipatan sejarah kisah silam saya.

DIA jauh. Agak jauh. DIA tidak sentiasa berada disamping saya sebagaimana saya juga tidak dapat ada untuk DIA. Tapi hati kami amat dekat. DIA seolah ada dalam diri saya. Dan bila saya pejamkan mata, saya dapat rasa sentuhan mulusnya, yang mampu memberi tenang…Saya masih sabar menunggu waktu, agar satu hari nanti saya dan DIA dapat selalu bersama…

Begini…biar saya singkap sedikit. Dulu DIA pernah hadir. Waktu itu hati saya sudah terisi dengan cinta yang lain. Oleh itu, saya tidak dapat buka hati saya untuk DIA. Ah! Siapa tahu, cinta yang saya puja itu rupanya bukan benar-benar cinta. Pada ketika saya sudah bersedia untuk menemaninya, sentiasa ada disisinya terutama sekali kala dia ditimpa kesusahan, tiba-tiba saja dia yang saya cinta itu memutuskan untuk tidak mahu teruskan…Saya amat kecewa, amat-amat kecewa… Tiada siapa yang tahu betapa luluhnya hati saya. Lebih-lebih lagi bila saya sudah serahkan separuh dari saya padanya…

Saya bawa diri…pulang semula ke Johor Bahru untuk mulakan hidup baru. Tapi malang sekali, apa yang saya cari dan saya mahukan tiada di sini. Lantas saya cuba cari peluang lain. Nah! Allah buka jalan untuk saya dan hadirkan kembali DIA. Ketika ini baru saya sedar…DIA yang pernah saya pinggirkan adalah orang yang sentiasa ada untuk saya. Beri semangat. Beri kekuatan hingga saya bangkit semula. Kerana itulah, saya mula mengajar diri untuk menyayangi orang yang patut saya sayangi…dan saya tak perlukan sebab untuk menyayangi DIA…(buat masa ini)

P/S: Hehehe…jiwangnya akuuuu!!!!

4 comments:

Anonymous said...

nama? gambar? hurmmm..

Anonymous said...

siape dia????
jeng3....hehe.. :-D

Haryani Kamilan said...

DIA? nantilah...belum masanya heh heh heh...

Hana said...

Menyayangi seseorang tidak perlu sebab n tiada syarat.. itulah cinta namanya. Saya pernah ada cinta itu sekali dalam hidup saya tetapi ditakdirkan saya tidak boleh memilikinya.. namun sayang n cinta itu tetap kekal walau kami berjauhan n tidak boleh berhubung.. mata masing2 menyatakan isi hati kami..