Wednesday, January 30, 2008

Beralih arah.

Eheh...saya tukar keje lagi. Saya akan kembali ke KL dan bertugas di sana sebagai seorang penulis skrip sepenuh masa. Syarikat baru saya adalah RED COMMUNICATIONS. Penerbit drama-drama seperti siri Gol Dan Gincu, Kami. Sadiq & Co, 3R dan banyak lagi drama-drama hebat. Thanks to Lina Tan sebab bagi saya peluang ni. Berdebar juga ni, harap-harap saya boleh hasilkan karya-karya yang baik untuk siaran tv mahupun layar perak.

Owh, bukan saya tak suka bekerja dengan abah di JB. Best tu best lah, jadi bos kan. Tapi saya macam tak kerja. Datang ofis, semak kerja sikit-sikit, cukup pukul lima, balik rumah. So boring. Mungkin juga faktor my ehem-ehem jadi penyumbang utama kut. Dia sangat memberi semangat pada saya. Untuk capai cita-cita dan cinta. Love him so much.

Cuma kesian kat dia. Ada juga dia cuba nak bincang-bincang pasal kahwin. Tapi saya masih tak sedia. Kejap lah...nanti-nanti. Saya nak set up kerjaya dulu. Dah stabil sikit oklah tu. Lagipun, kalau ada jodoh tak ke mana kan...kadang-kadang kalau fikir sangat nanti bila tiba-tiba tak jadi, sendiri juga yang makan hati...Just go with the flow...tak perlu tergesa-gesa sangat. Yang penting sekarang, saya dan dia sangat berbahagia.

Hmmm...lepas ni kalau tengok tv, adalah nama saya sebagai penulis skrip. Huuuuhuuuuu!!!!

P/S: Impian Illyana musim terbaru mungkin akan menjadi siri drama tv pertama nukilan saya.

2 comments:

Anonymous said...

well nani congratulation on ur new job.. i know becoz of him u make this decision. hope apa yang u impikan selama ini akan tercapai sepertimana hasil penulisan skrip u nanti untuk impian Ilyana..hehe :) well kalau ade berita gembira nnt jangan lupa bgtau kawan2 ye.. all da best to u!

Anonymous said...

tahniah..tersenyum sy bc blog akk nih..tumpang bahagia same..hehe..